BUAH limau sebanyak 300 kg bernilai RM3,000 yang dirampas MAQIS kerana tidak mempunyai permit import. FOTO ihsan MAQIS
BUAH limau sebanyak 300 kg bernilai RM3,000 yang dirampas MAQIS kerana tidak mempunyai permit import. FOTO ihsan MAQIS
Zuliaty Zulkiffli


CUBAAN membawa masuk 300 kilogram (kg) buah limau dari Thailand ke negara ini gagal apabila ia dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), jam 2 petang hari ini.

Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind Paul berkata, limau itu dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa permit import dan ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata, limau itu ditemui hasil pemeriksaan rutin dijalankan penguat kuasa MAQIS terhadap sebuah lori.

"Nilai rampasan dianggarkan RM3,000. Ia cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti Permit Import yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal," katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728].

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 7:12 PM