Lebuhraya Koridor Guthrie.
Lebuhraya Koridor Guthrie.
BERNAMA

KAWASAN Rehat Bukit Jelutong di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup selama empat bulan bermula 3 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan dijalankan.

Operator lebuh raya PROLINTAS Expressway Sdn Bhd (PESB) dalam kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja menaik taraf itu selaras dengan komitmen PROLINTAS untuk menyediakan perkhidmatan optimum kepada pengguna lebuh raya.

"Antara kemudahan yang akan terbabit ialah surau, kaki lima, tandas serta bilik persalinan bayi.

"Sehubungan itu, pengguna GCE dinasihatkan menggunakan kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Elmina (utara dan selatan) yang beroperasi seperti biasa," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan GCE di 1-300-88-0035 atau melalui Twitter @GCEtrafik atau www.prolintas.com.my dan Facebook PROLINTAS Highways.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 9:14 PM