LOKASI pesawat terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina. FOTO Genes Gulitah.
LOKASI pesawat terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina. FOTO Genes Gulitah.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Persimpangan Elmina (Exit 3504) ditutup sepenuhnya bagi laluan keluar dan masuk ke kawasan itu dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan nahas pesawat di kawasan itu selesai.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) menerusi hantaran di laman media sosial memaklumkan sebagai alternatif untuk ke Elmina dari GCE, pengguna jalan raya boleh menggunakan Persimpangan Bukit Subang (Exit 3505).

"Alternatif seterusnya melalui tol Elmina arah utara dan susur keluar Paya Jaras," menurut hantaran itu.

Penutupan laluan itu berikutan nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor dan mengorbankan 10 nyawa, termasuk dua pengguna jalan raya petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 12:23 AM