Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini @hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengguna semua kelas di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus sempena Aidilfitri.

Potongan harga itu boleh dinikmati bermula 6 pagi Rabu depan dan berakhir pada jam 6 pagi Khamis, 7 Julai.

Dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Operasi (Teknikal) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) Ir Rostam Shahrif Tami berkata, diskaun yang ditawarkan sempena Aidilfitri itu adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit.

“Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada semua pengguna lebuh raya kami dan berharap supaya orang ramai mengamalkan pemanduan yang berhemah di musim perayaan ini.

“Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau layari laman web kami di www.prolintas.com.my untukmaklumat lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 6:46 PM