BENJAMIN Netanyahu. FOTO AFP
BENJAMIN Netanyahu. FOTO AFP
Reuters

Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sudah membubarkan kabinet perang yang dianggotai enam ahli, kata seorang pegawai Israel pada Isnin.

Katanya, langkah itu sesuatu yang dijangka selepas bekas jeneral berhaluan tengah Benny Gantz meletakkan jawatan.

Netanyahu kini dijangka mengadakan rundingan mengenai perang Gaza dengan kumpulan kecil menteri, termasuk Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer yang sebelum ini berada dalam kabinet perang.

Perdana menteri itu menghadapi desakan daripada rakan-rakan nasionalis-agama dalam gabungan beliau, (iaitu) Menteri Kewangan Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Kebangsaan Itamar Ben-Gvir, untuk dimasukkan dalam kabinet perang, langkah yang akan meningkatkan ketegangan dengan rakan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS).

Forum itu dibentuk selepas Gantz menyertai Netanyahu dalam kerajaan perpaduan negara ketika permulaan perang pada Oktober dan merangkumi rakan Gantz Gadi Eisenkot dan Aryeh Deri, ketua parti agama Shas, sebagai pemerhati.

Gantz dan Eisenkot meninggalkan kerajaan minggu lalu, atas apa yang mereka katakan sebagai kegagalan Netanyahu untuk membentuk strategi untuk perang Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 6:16 PM