ANGGOTA JBPM melakukan operasi mengesan mangsa.
ANGGOTA JBPM melakukan operasi mengesan mangsa.
Faris Fuad


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras anak Sungai Bakau dekat Rawang, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.49 petang tadi.

"Ketika kejadian, cuaca mendung manakala kedalaman paras air sungai berkenaan kira-kira satu meter.

"Operasi mengesan mangsa membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam.

"Hanya operasi pemantauan di tepi tebing anak sungai dilakukan pada waktu malam. Misi mencari mangsa bersambung jam 8 pagi esok," katanya pada kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 8:56 PM