CIAPAN palsu mendakwa mesyuarat tergempar pengisytiharan darurat. FOTO Twitter KKMPutrajaya
CIAPAN palsu mendakwa mesyuarat tergempar pengisytiharan darurat. FOTO Twitter KKMPutrajaya
Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan mengenai terdapat satu kes kematian akibat jangkitan Covid-19.

Difahamkan, sebuah video mengenai kematian Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) yang berlaku beberapa tahun lalu ditularkan semula dan dikaitkan dengan Covid-19.

Video berkenaan tular di Twitter hari ini, sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk meminta pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM menerusi ciapan di Twitter rasmi KKMPutrajaya, menjelaskan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat ini.

“Anda mungkin salah. Tiada kematian di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, KKM turut menafikan dakwaan satu mesyuarat tergempar akan diadakan bagi mengisytiharkan darurat.

Ciapan Twitter palsu itu mendakwa maklumat daripada kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) satu mesyuarat tergempar diadakan bersama tentera, polis dan pihak berkuasa lain susulan Covid-19 yang memungkinkan pengisytiharan darurat.

“Jangan tularkan. Ini adalah berita palsu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 12:51 PM