Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada jururawat bernama Ayu di Hospital Shah Alam, Selangor yang didakwa dijangkiti Covid-19.

Berita palsu itu dikongsi di laman sosial Instagram, hari ini sebelum tular dan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

KKM menerusi ciapan di Twitter meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu ketika negara sedang berdepan krisis kerana ia akan memburukkan keadaan.

“Usahlah memberi maklumat yang anda sendiri tidak pasti.

“Mohon kerjasama orang ramai tidak menjadikan sumber lain terutama WhatsApp sebagai rujukan untuk mengetahui perkembangan jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

KKM sentiasa memantau keadaan semasa jangkitan itu dan segala maklumat terkini boleh didapati di semua laman media sosial rasmi KKM.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 3:34 PM