DR Sahruddin. FOTO arkib NSTP
DR Sahruddin. FOTO arkib NSTP
Ahmad Ismail

my

MENTERI Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengesahkan pembelian 15 Toyota Camry bagi menggantikan Honda Accord sedia ada yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan rasmi beliau dan anggota Exco negeri.

Beliau berkata, Honda Accord sebelum ini sudah melebihi perbatuan antara 350,000 hingga 400,000 kilometer.

“Semua Toyota Camry kerajaan Johor itu mula digunakan pada 12 Februari lalu.

“Langkah penggantian kereta rasmi kerajaan Johor dibuat selepas menerima pandangan dan nasihat daripada Kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya selepas Program Sembang Santai bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Jorak Bukit Pasir, Muar, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dilaporkan meminta Dr Sahruddin memberi penjelasan sama ada kerajaan Johor membeli kereta baru untuk kegunaan beliau dan Exco.

Hassan dilaporkan berkata, beliau merujuk gambar di sebuah portal yang mendakwa kerajaan Johor membeli kereta baru berkenaan.

Ditanya berapakah kos pembelian 15 kereta itu, Dr Sahruddin berkata, beliau akan menyemak kos pembelian kenderaan rasmi berkenaan.

Berita berkaitan

MB Johor diminta beri penjelasan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 11:33 AM