KELAPA yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam. FOTO Ihsan MAQIS
KELAPA yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam. FOTO Ihsan MAQIS
Mohd Rizal Abdullah


JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 200 kelapa yang cuba di seludup ke Thailand, Khamis lalu.

Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind Pakianathan berkata, kelapa berkenaan dibawa menggunakan Toyota Hilux sebelum kenderaan itu ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kelapa bernilai RM500 itu cuba dieksport ke Thailand tanpa sebarang permit.

“Kelapa adalah komoditi kawalan dagangan import dan eksport barangan pertanian, ini memerlukan kelulusan dari pihak Ibu Pejabat sebelum permit dikeluarkan.

“Ia bagi mengawal kemasukan serangga perosak seperti ‘Rhynchophorus ferrugineus’ atau ‘Red palm weevi’ yang boleh melumpuhkan industri pertanian,” katanya.

Menurutnya, MAQIS komited melaksanakan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian yang masuk dan keluar mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 10:29 AM