Siti Nor Hidayatidayu Razali


KERAJAAN Kelantan belum menerima laporan rasmi berhubung lebih 100 pemandu bas henti-henti Cityliner yang mogok sejak semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya juga belum dimaklumkan punca secara jelas pemandu bas berkenaan mogok.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan membincangkan masalah yang dihadapi pemandu bas terbabit.

“Kita ada maklumat (pemandu mogok) dan kita akan tunggu perkembangan macam mana kerana ia banyak membabitkan isu masalah dalaman syarikat.

“Jadi pihak kerajaan tidak boleh campur dengan keadaan tidak menentu. Pihak kerajaan akan menunggu dan melihat perkembangan (masalah pemandu),” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya difahamkan pemandu mogok dan tidak kerja, sekali gus menjejaskan pergerakan orang ramai.

Berita berkaitan

Pemandu bas henti-henti mogok [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 3:09 PM