WEE (kanan) ketika membuat tinjauan perjalanan rentas sempadan di BSI. FOTO Omar Ahmad
WEE (kanan) ketika membuat tinjauan perjalanan rentas sempadan di BSI. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


Johor Bahru: Perkhidmatan bas henti-henti yang menjadi pengangkutan utama antara Johor-Singapura dijangka beroperasi sepenuhnya 1 Mei depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketika ini hanya 30 bas yang digunakan bagi merentasi sempadan menerusi Tambak Johor.

Katanya, 24 daripadanya bas di bawah Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dan enam bas ulang-alik (shuttle).

"Ketika ini, Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan Land Transport Autority (LTA) (Singapura) sedang berbincang mengenai jumlah bas yang akan dipersetujui. Perbincangan ini mengambil masa kira-kira dua minggu.

"Biasanya kalau kita benarkan 100 bas daripada Singapura menyeberang, mereka (Singapura) akan benarkan jumlah yang sama, jadi ini antara dua negara, LTA dan APAD kita berbincang," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.

Beliau turut meningatkan pengusaha bas henti-henti membuat penyelenggaraan bas di Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain mengatasi masalah kekurangan pemandu.

"Bas ada tetapi pemandu tiada kerana ramai yang berhijrah kepada pemandu logistik berikutan pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 10:40 PM