GAMBAR tular yang menunjukkan dua anggota polis membantu menukar tayar pancit milik seorang wanita. FOTO Ihsan Pembaca
GAMBAR tular yang menunjukkan dua anggota polis membantu menukar tayar pancit milik seorang wanita. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Sabran Md Sani


“TERBAIK dan terima kasih di atas keprihatinan anggota polis ini yang berhati murni,” itu antara reaksi netizen susulan tular gambar anggota polis membantu membaiki tayar kereta di tepi jalan di Johor Bahru, semalam.

Keprihatinan anggota polis dari Balai Polis Skudai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) itu mendapat pujian netizen yang berusaha menggantikan tayar kereta dalam keadaan masih beruniform.

Dua keping gambar itu memperlihatkan dua anggota polis membantu seorang wanita menggantikan tayar kereta Perodua Kancil di tepi jalan raya.

Kisah khidmat masyarakat itu dikongsi menerusi Facebook (FB) Polis Daerah Johor Bahru Utara dengan tajuk ‘Abam polis tukar tayar’ dengan menggunakan tanda pagar #BalaiSkudai.

FB itu berkongsi kisah pertolongan Koperal Idzham dan Lans Koperal Israaq dari Balai Polis Skudai menjalankan tugas rondaan di jalan besar Skudai berhampiran dengan PUB (SAJ) Jalan Utama Skudai J/Bahru.

“Kenderaan itu berhenti dan ingin membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta dan mendapati dua wanita memerlukan bantuan kerana tayar pancit.

“Anggota terbabit menghulurkan bantuan dengan menukarkan tayar kereta terbabit sehingga selesai,” kongsi FB itu.

Difahamkan insiden ini ditularkan oleh orang awam dalam F acebook Komuniti Johor DT pada 26 November lalu 11 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 4:56 PM