MASZLEE Malik. FOTO arkib NSTP
MASZLEE Malik. FOTO arkib NSTP
Faliq Lajim


MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas lanjut mengenai keputusan rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun depan.

Beliau yang ditemui dalam Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-35, hari ini, hanya berlalu pergi ketika ditanya mengenai namanya antara yang disebut dalam rombakan terbabit.

“Terima kasih,” katanya ringkas sebelum menaiki kereta dan meninggalkan majlis itu.

Rabu lalu, Dr Mahathir membayangkan akan melakukan rombakan Kabinet sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, rombakan Kabinet itu perlu dilakukan susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 3:40 PM