Mohamaddin dan Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang (kanan) ketika majlis perasmian kempen melekatkan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM 2020) anjuran MATTA di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Kuala Lumpur hari ini. Foto Salhani Ibrahim
Mohamaddin dan Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang (kanan) ketika majlis perasmian kempen melekatkan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM 2020) anjuran MATTA di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Kuala Lumpur hari ini. Foto Salhani Ibrahim
Faliq Lajim

“SAYA tidak risau. Kenapa perlu saya risau. Kalau you nak saya buat kerja, saya buat kerja. Kalau you tak nak saya buat kerja, anytime (bila-bila masa saja),” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohamaddin berkata demikian selepas ditanya mengenai kebimbangan beliau mengenai kemungkinan rombakan Kabinet selepas Dr Maszlee Malik secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa hari ini.

Menurutnya, berkenaan persoalan mengenai rombakan Kabinet perlu ditanya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai kaji selidik dibuat oleh beberapa pihak mengenai prestasinya dalam Kabinet yang dikatakan agar kurang memuaskan pada tahun lalu, Mohamaddin berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Tahun lalu saya tidak tahu. Namun yang saya tahu prestasi saya dekat 100 peratus.

“Jadi, saya tidak tahu jika dekat 100 peratus itu adalah baik atau tidak baik. Terserah kepada anda untuk menjawabnya,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan kempen melekatkan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM 2020) anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini, Mohamaddin berkata, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

“Insya-Allah, kita menang,” katanya ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:43 PM