KAKITANGAN Syarikat Air Melaka Berhad  memeriksa alat pengepam  sebelum melakukan kerja pengepaman.
KAKITANGAN Syarikat Air Melaka Berhad memeriksa alat pengepam sebelum melakukan kerja pengepaman.
Nurul Fhatihah Zakinan dan Amir Mamat


MENGEPAM air mentah dari Tasik Biru di Jasin ke Empangan Durian Tunggal, di sini adalah jalan terakhir boleh dilakukan kerajaan negeri bagi mengelakkan pelaksanaan catuan air di negeri ini.

Malah, ia juga antara langkah untuk mengatasi masalah bekalan air untuk jangka panjang di Melaka.

Lebih menggembirakan, Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri sudah mendapat kebenaran khas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi tujuan itu.

Katanya, perkhabaran gembira itu melegakan hati rakyat negeri ini, khususnya penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu.

“Pada 8 Oktober ini, SPAN akan bermesyuarat dan memberi keputusan rasmi mengenai kebenaran itu.

“Jika sudah memperoleh kebenaran, kita laksanakan segera kerja mengepam air dari Tasik Biru ke Empangan Durian Tunggal.

“Saya yakin jika kaedah ini dapat dilaksanakan, masalah bekalan air yang melanda negeri ini dapat diatasi untuk tempoh yang panjang,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Negeri sempena Kovensyen Pengembangan dan Hari Inovasi Veterinar di sini, kelmarin.

Hadir sama EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 6:10 AM