WAN Yah tiba dengan ambulans dari Pasir Mas, Kelantan untuk menziarahi jenazah Mohamad Ariff yang ditemui lemas dan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham.
WAN Yah tiba dengan ambulans dari Pasir Mas, Kelantan untuk menziarahi jenazah Mohamad Ariff yang ditemui lemas dan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


“NALURI saya kuat untuk datang ke Dungun, hari ini dan nak berdoa supaya mayat anak segera ditemui.

“Alhamdulillah, ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan arwah anak saya sudah ditemui, biarpun dia sudah tidak bernyawa lagi,” kata Wan Yah Wan Yaacob, 53.

Anaknya, Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, yang sudah seminggu hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Penyiram, Durian Mentangau, ketika mengejar seorang penjenayah, malam Jumaat lalu, ditemui tengah hari ini iaitu kira-kira 400 meter dari tempatnya dilaporkan terjatuh.

Wan Yah berkata, sepanjang seminggu kejadian lemas itu, dia tidak berkesempatan ke lokasi kejadian untuk menyaksikan operasi mencari (SAR) anaknya itu kerana tidak sihat akibat penyakit buah pinggang dan berehat di rumahnya di Pasir Mas, Kelantan.

“Sepanjang seminggu, saya sangat susah hati dan sering berdoa supaya anak ditemui selamat biarpun hati saya berat mengatakan dia sudah meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Semalam hati saya terdetik untuk ke tempat kejadian. Biarlah kesihatan tidak mengizinkan, namun saya gagah untuk datang hari ini berdoa sendiri di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawanya ke Dungun dengan khidmat ambulans sebelum dihantar terus ke Hospital Dungun sebaik dimaklumkan mayat anaknya sudah ditemui.

Sementara itu, isteri mangsa, Syarifah Murni Syed Abdul Aziz, 27, berkata dia berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu sehingga jenazah suaminya di temui.

Katanya, hatinya amat risau sejak mengetahui kejadian itu, tambahan pula dia berdepan peperiksaan penting untuk kursus kejururawatan.

“Saya sempat beberapa jam hadir di lokasi kejadian sebelum pulang semula ke Kuala Terengganu untuk mengambil dengan peperiksaan itu,” katanya yang juga penuntut Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia bersyukur kepada kerana jasad suaminya itu ditemui hari ini selepas pelbagai usaha termasuk doa dan solat hajat dilakukan.

“Biarpun dia pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya, sekurang-kurangnya hati saya puas kerana dapat melihat jenazah dan kuburnya,” katanya.

Berita berkaitan

'Syukur doa kami dimakbulkan...'

'Alhamdulillah, jenazah Ariff ditemui'

'Dah jumpa mayat suspek pecah rumah'

'Saya nak cepat pergi ke tempat lemas'

'Abang berlutut mohon maaf'

'https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/394006/polis-suspek-dikhuatiri-lemas'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 November 2018 @ 9:03 PM