MANGSA dihantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
MANGSA dihantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
Faris Fuad

Kuala Lumpur: Seorang lelaki sempat menghubungi rakannya memaklumkan dia diserang sakit dada ketika memandu dari Kuantan ke ibu negara sebelum ditemui dalam keadaan separa sedar di Kilometer 35 Lebuhraya Karak berhampiran Genting Sempah, semalam.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Shukor Hashim berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa Norhisyam Hamidin, 41, sempat memberhentikan kereta dipandunya di kiri jalan yang juga laluan kecemasan kawasan itu.

“Saya maklumkan perkara itu kepada pihak APM di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sentul.

“Sebuah ambulans dengan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Mereka tiba jam 9.50 pagi dan mendapati mangsa dalam keadaan separa sedar dipercayai akibat sakit dada dan sesak nafas.

“Norhisyam dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 11:29 AM