SUMAYYAH
SUMAYYAH
Mohamad Fahd Rahmat

Batu Pahat: Nur Sumayyah Mohd Hafiz, bayi berusia 11 bulan yang kisahnya menderita kegagalan fungsi hati hingga mendapat perhatian masyarakat, selamat menjalani pembedahan hati di Hospital Renji, Shanghai China, 18 April lalu dan kini semakin sihat.

Ibunya, Juliza Mohd Khalid, 33, berkata, dia dan suami, Mohd Hafiz Hashim, 33, yang juga penderma hati bagi anak mereka itu terharu dan gembira kerana doa mereka dimakbulkan Allah SWT.

Katanya, mereka bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus membantu dari segi kewangan mahupun kiriman doa untuk kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Kami ke China pada 9 April lalu, anak dan suami menjalani pembedahan pada 18 April berikutnya. Kami berada di sana selama 26 hari serta pulang ke Malaysia pada 18 April dan kemudian mereka mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 19 hari,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 5:23 AM