TANGKAP layar daripada video di Weibo menunjukkan roket itu terhempas di gunung dan meletup.
TANGKAP layar daripada video di Weibo menunjukkan roket itu terhempas di gunung dan meletup.
Agensi

Beijing: Sebuah roket komersial China secara tidak sengaja dilancarkan semasa ujian darat pada 30 Jun lalu, sebelum terhempas di gunung berhampiran dan meletup, kata syarikat swasta yang memiliki roket itu, lapor New York Times.

Oleh kerana kegagalan struktur, roket Tianlong-3 dipisahkan dari platform ujiannya ketika sistem pendorongnya sedang diuji dan ia kemudian berlepas dari landasan pelancarannya, kata pemilik roket Space Pioneer dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, pemilik roket itu memaklumkan kejadian itu pada 3.43 petang (waktu tempatan) pada 30 Jun, di kemudahan ujian di bandar Gongyi di wilayah Henan tengah China.

Selepas dilancarkan, sistem komputer di dalam roket dimatikan secara automatik, dan roket itu jatuh ke kawasan berbukit kira-kira 1.6 kilometer (km) dari tapak ujian.

Tiada siapa yang cedera dan lokasi nahas adalah jauh dari kawasan perumahan,

manakala syarikat itu sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengosongkan kawasan berhampiran, sebelum ujian berkenaan.

Video dimuat naik oleh media China dan media sosial kelihatan menunjukkan roket itu hilang kuasa dan menjunam, sebelum meletup di bukit berhampiran.

Kerajaan perbandaran Gongyi dalam satu kenyataan media sosial memaklumkan nahas roket itu menyebabkan kebakaran yang kemudian dipadamkan pada petang 30 Jun.

"Kemalangan itu nampaknya berlaku semasa ujian pembakaran statik, apabila enjin dihidupkan seolah-olah untuk berlepas, tetapi roket itu kekal selamat ke tanah," kata Brad Tucker, seorang ahli astrofizik di Universiti Kebangsaan Australia, selepas meneliti video mengenai kemalangan.

Katanya, ia adalah ujian rutin dan walaupun sering dilakukan dengan roket mendatar, beberapa syarikat, termasuk SpaceX, melakukannya (ujian itu) secara menegak.

"Ia adalah perkara biasa yang mengejutkan bahawa kegagalan seperti ini berlaku," kata, sambil menambah bahawa satu-satunya kemalangan serupa berlaku pada 1952 membabitkan roket Viking 8 di Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 12:25 PM