MAS Imran  (kiri) menyampaikan sumbangan barangan dapur dan keperluan kepada keluarga Magesvary sambil disaksikan sukarelawan D Murugan (kanan).
MAS Imran (kiri) menyampaikan sumbangan barangan dapur dan keperluan kepada keluarga Magesvary sambil disaksikan sukarelawan D Murugan (kanan).

Batu Pahat: Bayi yang mengalami kegagalan fungsi hati, Nur Sumayyah Mohd Hafiz, 10 bulan bersama ibu dan bapanya menaiki penerbangan AirAsia jam 11 malam tadi bagi menjalani pembedahan hati
di Hospital Renji, Shanghai China.

Ibu bayi berkenaan, Juliza Mohd Khalid, 33, berkata, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai kira-kira jam 4 pagi hari ini.

“Hari ini (semalam) kami dibawa menaiki kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari kediaman kami di Taman Mewah Yong Peng di sini hingga ke KLIA2 kira-kira jam 3 petang dan menaiki penerbangan pada jam 11 malam.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus membantu dan mendoakan kesejahteraan kami terutama anak dan mohon didoakan pembedahan hati nanti berjaya dan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 6:57 AM