CALON BN Parlimen Bukit Bintang, Ann Tan Ean Ean (depan berkemeja putih) menyertai pengundi lain beratur untuk mengundi. Foto NSTP
CALON BN Parlimen Bukit Bintang, Ann Tan Ean Ean (depan berkemeja putih) menyertai pengundi lain beratur untuk mengundi. Foto NSTP
Siti Azila Alias


CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Bintang, Ann Tan Ean Ean tiba di pusat mengundi dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 8 pagi tadi untuk mengundi.

Ketika ini, beliau yang berkemeja putih menyertai pengundi lain beratur bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka.

Tinjauan NSTP mendapati, pengundi mula beratur di hadapan sekolah itu sejak 7 pagi tadi walaupun pusat mengundi hanya dibuka pada 8 pagi.

Proses pengundian setakat ini berjalan dengan lancar.

Parlimen Bukit Bintang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, calon DAP yang juga penyandang kerusi berkenaan; Fong Kui Lun dan calon dari Penang Front Party (PFP), Khairul Husni Othman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Kui Lun menang dengan majoriti 19,399 menewaskan calon BN, Franklin Gan Joon Zin yang memperoleh 11,009 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 8:32 AM