TIMBALAN Perdana Menteri merangkap calon BN Parlimen P.075, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), S.P.Murugan ketika hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) Bahagian Bagan Datuk di Hutan Melintang. FOTO Aizuddin Saad
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap calon BN Parlimen P.075, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), S.P.Murugan ketika hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) Bahagian Bagan Datuk di Hutan Melintang. FOTO Aizuddin Saad
Shaarani Ismail


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi dari kalangan jentera Barisan Nasional (BN) perlu keluar awal mengundi bagi melancarkan usaha tarik pengundi kelabu menyokong BN.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua jentera perlu mengundi awal pagi sehingga 12 tengah hari.

“Esok.. keluar (mengundi) pagi-pagi... saya mahu jam 12 tengah hari saja, 100 peratus pengundi putih dan semua ahli parti komponen BN, semua ahli parti mesra BN mesti keluar ramai-ramai, selepas jam 1 (tengah hari) itu kita cari bonus (tarik pengundi kelabu dan atas pagar)... boleh?

“Cari bonus itu selepas jam 1 tengah hari, kelabu ke, atas pagar ke, itu bonus selepas jam 12 (tengah hari).

“Jangan keluar (mengundi) saja, IC (kad pengenalan) pun mesti bawa juga, jangan keluar tanpa IC, macam mana boleh mengundi (jika tiada kad pengenalan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan masyarakat India bersama Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) di Bagan Datuk, hari ini.

Hadir sama, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang Datuk Khairuddin Tarmizi dan Presiden MIJP S Murugan.

Ahmad Zahid berkata, bagi memastikan ada wakil yang mewakili masyarakat India dalam Kabinet, calon masyarakat India perlu dibantu untuk menang dan mesti membantu BN mencapai kemenangan.

Katanya, bukan hanya masyarakat India dan Cina, semua bangsa serta suku kaum yang ada dalam komponen BN perlu disokong bagi memastikan setiap mereka ada wakil dalam kerajaan.

“Oleh kerana BN secara konvensyennya menerima parti untuk menganggotai sebagai parti penuh dengan konsensus, tetapi parti mesra BN seperti KIMMA MIJP, IPF dan sebagainya walaupun belum jadi parti komponen, tetapi mereka tetap menyokong calon BN," katanya.

Katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan beliau sebagai Timbalan Pengerusi BN tetap akan memberikan bantuan kepada semua parti mesra BN untuk menjalankan aktiviti serta menjaga kebajikan ahli masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 8:06 PM