AZRUL Hakkim (kiri) dan Yahanis. FOTO Abdullah Yusof
AZRUL Hakkim (kiri) dan Yahanis. FOTO Abdullah Yusof
Shaarani Ismail


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan dua calon yang akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bota dan Belanja dalam kawasan Parlimen Parit.

Pengumuman calon dibuat selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menyampaikan ceramahnya pada Program Ceramah Mega Pembangkang di Bandar Universiti dekat Seri Iskandar, malam tadi.

Kerusi DUN Bota diwakili ahli perniagaan, Azrul Hakkim Azhar yang akan menentang Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Shahril Mohamad dan Yang Dipertua PAS Parit, Muhamad Ismi Mat Taib.

Bagi DUN Belanja, PPBM mempertaruhkan seorang akauntan Yahanis Yahya yang akan ditentang Setiausaha UMNO Bahagian Parit, Khairuddin Abu Hanifah dan wakil PAS, Mohd Zahid Abu Bakar.

Difahamkan, PPBM Perak hanya akan mengeluarkan senarai calon bertanding di kerusi DUN dan Parlimen Perak kepada media pada petang hari ini, tanpa mengadakan sidang media.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 12:54 AM