Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.
Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, Ryan menitipkan pesanan dan merakamkan ucapan penghargaan buat ibunya yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaannya itu.

"Terima kasih 'mommy' sebab dari kecil sehingga besar 'mommy' jaga Ryan. Daripada bayi, 'mommy' tolong ajar Ryan berjalan sampai Ryan mendapat 'pointer' 3.99. Sikit lagi nak dapat straight A+. Cuma satu saja A-," katanya.

Dalam pada itu, Ryan juga berazam untuk terus berusaha demi meraih keputusan lebih baik.

"Semester hadapan, Ryan akan cuba buat lagi baik buat mommy. 3.99 ini juga hadiah sempena hari lahir 'mommy'. Ryan akan cuba pula dapatkan 4.0 ," kongsinya lagi.

Lebih menggembirakan, keputusan cemerlang yanng diraih turut menempatkan Ryan sebagai 10 pelajar terbaik untuk seluruh pelajar Tingkatan 2.

Dalam pada itu, Rita berkata, dia berjanji akan terus memberi bimbingan yang terbaik buat dua anaknya itu.

"Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tahun ni Ryan antara 10 pelajar terbaik untuk pelajar Tingkatan 2.

"Mommy akan pastikan anak-anak 'mommy' cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa 'mommy' selalu bersama anak-anak. Terima kasih ustazah. Tahniah Ryan, kawan-kawan dan ustazah," tulisnya pada kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain mendoakan semoga anak-anak Rita menjadi anak soleh berjaya pada masa hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 1:44 PM