CALON Barisan Nasional Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (tengah) bersama DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah (dua kiri) dan DUN Bota, Khairul Shahril Mohamed (tiga kanan) di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Seri Iskandar. FOTO STR/RAZIF ROSLI

Razif Rosli

PARLIMEN Parit menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR.

Situasi sama turut berlaku di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja dan Bota.

Bagi Parlimen Parit, BN menampilkan Datuk Mohd Nizar Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri manakala PAS mengetengahkan Dr Najihatussalehah Ahmad dan Tarmizi Mohd Jam mewakili PKR.

DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang juga calon baharu BN bakal ditentang Mohd Zahid Abu Bakar dari PAS dan calon PKR diwakili Yahanis Yahya.

Manakala Ketua Pemuda BN negeri, Khairul Shahril Mohamed berentap dengan Muhamad Ismi Mat Taib (PAS) dan Azrul Hakkim Azhar (PKR).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Parit, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah selepas pusat penamaan calon itu di Dewan Serbaguna Seri Iskandar ditutup pada 10 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 12:01 PM