RAJA Charles dan Ratu Camilla di taman istana, Buckingham Palace Gardens ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. FOTO Millie Pilkington/Buckingham Palace/Handout via Reuters
RAJA Charles dan Ratu Camilla di taman istana, Buckingham Palace Gardens ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. FOTO Millie Pilkington/Buckingham Palace/Handout via Reuters
Agensi

London: Raja Charles III menyiarkan foto terbaharu bersama isterinya Ratu Camilla yang menunjukkan Raja Britain itu tersenyum sambil merenung permaisurinya dengan penuh kasih sayang.

Foto dikeluarkan menandakan ulang tahun pertabalannya itu menunjukkan Raja Britain berusia 75 tahun itu ke arah positif bangkit semula selepas sebelum ini dikejutkan apabila disahkan menghidap kanser.

Gambar itu diambil di taman Istana Buckingham sehari selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.

Mirror UK melaporkan ia juga petanda beliau bakal kembali menggalas tugas diraja, tugas awam sepenuhnya.

Imej menyentuh hati pasangan diraja itu memautkan tangan, dikeluarkan kerana didedahkan oleh doktor yang gembira dengan perkembangannya selepas rawatan kanser dihidapinya menunjukkan arah yang positif.

Ia turut menggambarkan kemajuan luar biasa beliau sejak terkena kanser awal tahun ini.

Bercakap mengenai berapa lama rawatan Baginda dijangka diteruskan, Istana Buckingham mendedahkan bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan sesuatu.

Mereka menambah, "Pasukan perubatan Baginda rasa sesuatu yang menggalakkan berhubung kemajuan dicapai setakat ini dan kekal positif tentang pemulihan berterusan Baginda."

"Program rawatan baginda akan diteruskan, tetapi doktor-doktor cukup berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai setakat ini sehingga Raja kini dapat menyambung semula beberapa tugas awamnya."

Pasukan perubatan berkata untuk menandai kejayaan ini, Raja dan Permaisuri akan melawat pusat rawatan kanser bersama-sama. Pusat itu tidak terbabit dalam jagaan Baginda.

Di sana pasangan diraja itu akan bertemu pakar perubatan dan pesakit untuk menyerlahkan kepentingan diagnosis awal kanser.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 1:37 PM