KENDERAAN yang terbabit dalam nahas remuk teruk.
KENDERAAN yang terbabit dalam nahas remuk teruk.
HM Digital

Limbang: Seorang lelaki warga emas maut manakala anak lelakinya parah selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka bertembung kenderaan lain di Kilometer 18, Jalan Mendamit di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Hamdan Abdullah, 66, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak lelakinya, Sumadi Hamdan, 34, yang memandu kenderaan cedera di leher serta kedua-dua belah kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut adalah warga Malaysia dan dipercayai menetap bersama anaknya di Brunei.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Brunei dari Limbang sebelum bertembung kereta Kia Cerato.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 April 2018 @ 5:49 AM