MAHATHIR Mohamed. FOTO arkib NSTP
MAHATHIR Mohamed. FOTO arkib NSTP
Veena Babulal


PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat rawatan jangkitan di dada.

IJN dalam satu kenyataan, hari ini mengesahkan bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad, malam tadi.

Katanya, Mahathir, 93, akan diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari

IJN turut menegaskan lawatan terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2018 @ 12:10 PM