EMPAT individu direman SPRM bagi bantu siasatan kes rasuah projek kereta api. FOTO Khairull Azry Bidin.
EMPAT individu direman SPRM bagi bantu siasatan kes rasuah projek kereta api. FOTO Khairull Azry Bidin.
Norasikin Daineh


SEORANG timbalan pengarah agensi kerajaan di Sabah antara empat direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian rasuah berkaitan projek kereta api.

Tiga lagi yang direman membabitkan dua penolong jurutera jabatan itu dan seorang pengarah syarikat.

Mereka dipercayai memonopoli projek berkaitan kereta api bermula 2012 hingga 2017.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

Keempat-empatnya berusia 37 hingga 58 tahun.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin manakala empat individu terbabit tidak diwakili peguam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, semua tertuduh ditahan di sekitar Kota Kinabalu bermula 12.05 tengah hari sehingga 11.20 malam semalam.

Pada peringkat awal, SPRM membekukan beberapa akaun dan menyita beberapa kenderaan serta merampas wang di kediaman individu terbabit.

Bagaimanapun, jumlah serta nilai rampasan berhubung kes ini masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2018 @ 11:00 AM