i-City

Kuala Lumpur: Selalu mengimpikan saat berganding bahu bersama barisan selebriti Hollywood, ketua-ketua negara, peneraju korporat atau ahli keluarga diraja Britain?

Bagi kebanyakan orang ramai, lawatan ke Hollywood, Lembah Silikon Amerika atau Istana Buckingham mungkin berada di luar jangkauan. Tetapi kini impian anda bakal menjadi kenyataan di Red Carpet 2 @ i-City di Shah Alam.

Tarikan terkini kompleks ini iaitu Muzium Lilin Interaktif Red Carpet 2, menampilkan senarai ikon daripada Anugerah Akademi Hollywood, selebriti K-Pop, bintang Cantopop, ikon filem dan sains fiksyen, pemimpin dunia dan peneraju teknologi dunia. Penuhi masa selama mungkin untuk melihat personaliti-personaliti ini dengan berfoto sebagai kenang-kenangan.

Terdapat banyak peluang untuk anda bergambar bersama lebih daripada 100 patung lilin. Abadikan pos anda bersama pasangan Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie, atau terlibat dalam perbualan serius mengenai hal-ehwal dunia bersama pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Nelson Mandela. Selain itu, anda juga boleh ‘berlawan’ dengan penyiasat hebat James Bond lakonan Daniel Craig, atau membandingkan kelucuan wajah antara anda dan watak Mr. Bean lakonan Rowan Atkinson.

Kompleks baharu yang dilancarkan secara rasmi pada 15 Ogos lalu ini mempunyai dua tingkat yang merangkumi ruang dalaman dan luaran lebih daripada 30,000 kaki persegi, menjanjikan pengalaman menarik buat semua lapisan pengunjung. Ia juga telah mendapat penghargaan di pentas antarabangsa sebagai antara tempat paling bercahaya dan berwarna-warni di dunia oleh CNN Travel’s Top 25.

Dan sekarang, terdapat cara yang lebih mudah untuk anda menyertai ke Red Carpet 2 @ i-City. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1. Tonton video yang berada di dalam artikel ini

2. Teka identiti patung

3. Klik masuk ke halaman Facebook i-City di sini https://m.facebook.com/icity.cityofdigitallights/ dan tekan 'Like' halaman

4. Hantar jawapan kepada i-City melalui Facebook Messenger

Peserta-peserta yang bertuah memiliki peluang untuk memenangi dua tiket untuk acara Red Carpet 2. Setiap tiket bernilai RM150. Pemenang juga layak ke pusingan kedua yang membuka peluang mereka untuk memenangi percutian kapal mewah. Keterangan untuk pusingan kedua akan diumumkan pada masa akan datang.

Cepat dan sertai Cabaran i-City Red Carpet 2 Challenge untuk menikmati peluang seumur hidup ini!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 3:16 PM