PATUNG lilin di i-City. FOTO NSTP
PATUNG lilin di i-City. FOTO NSTP
Suliati Asri


SERAMAI 15 pengunjung bertuah memenangi dua tiket Red Carpet 2 bernilai RM300 menerusi kempen sempena kempen Teka Si Popular.

Berlangsung dari 18 Ogos hingga 31 Disember tahun lalu, kempen ini diadakan untuk mempromosikan Red Carpet 2 yang baru di buka di i-City, Shah Alam, Selangor.

Menerusi kempen ini, orang ramai perlu menonton empat video yang dimuat naik di laman sosial Facebook i-City secara berasingan kemudian meneka identiti patung lilin yang dipaparkan.

Pengunjung perlu layari Facebook i-City dan tekan butang ‘Like’ sebelum menghantar jawapan menerusi mesej Facebook.

Red Carpet 2 adalah muzium yang mempamerkan 100 patung lilin pemimpin dan selebriti terkenal dunia.

Setiap pemenang mendapat dua tiket masuk Red Carpet 2 dengan setiap satu bernilai RM150. Untuk penebusan hadiah, pemenang boleh menghubungi jabatan pemasaran di talian 0355218800.

Pihak i-City juga akan menghubungi pemenang untuk penebusan hadiah di Red Carpet 2.

Senarai pemenang kempen Teka Si Popular i-City seperti berikut:

1. Natasha Reena

2. Ezli Qamari

3. Patrick WkW

4. WannurAmirah Aifaa

5. Azwan Aju Matcas Yop

6. Nor Azmi Morni

7. Jchiang Choon Han

8. Azeo Neo

9. Hana Hashim

10. Chiang Choon Sern

11. Kong Pak Seong

12. Joan Kong

13. Mohamed Amirul

14. Badiuzaman Mohd Noor

15. Wan Ryan Iskandar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 6:15 PM