GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat pemantauan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City, di sini dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang tular di dalam sebuah blog baru-baru ini.

"Pihak MBSA turut memeriksa dan mendapati premis itu telah ditutup sejak Mac 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MBSA memohon kerjasama orang ramai supaya mendapatkan fakta yang tepat dan sahih sebelum menyiarkan sesuatu maklumat sama ada melalui platform media sosial atau media massa kerana boleh menimbulkan kekeliruan serta gambaran yang kurang jelas kepada orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 3:51 PM