Shamsul Munir Safini


Dua pemandu bas berusia 23 dan 37 tahun direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 27 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, permohonan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas dipohon pihaknya petang tadi.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan sejurus kejadian bagi tujuan siasatan.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu bas yang berhenti di lorong kiri lebuh raya ekoran rosak mempunyai tiga waran tangkap termasuk tiada lesen memandu, tidak patuh lampu isyarat merah dan tidak pakai tali pinggang keledar.

Menurutnya, pemandu berkenaan berasal dari Sungai Bakap dan mempunyai lesen D, E namun mempunyai tiga waran tangkap ke atasnya.

Katanya, pemandu bas kilang kedua (yang merempuh belakang) mempunyai lesen memandu B2,D,E dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat memgikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987

Dalam kemalangan jam 5.30 pagi hari ini, Noriah bersama tujuh lagi pekerja wanita warga Indonesia maut selepas sebuah bas kilang yang berhenti kerana rosak dirempuh sebuah lagi bas yang sama di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Tol Juru.

Berita berkaitan:

[UPDATE] Bawa waris mangsa ke sini

[UPDATE] Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 10:23 PM