TUJUH jenazah wanita warga Indonesia yang maut dalam kemalangan dua bas kilang semalam, dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Seberang Jaya untuk dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) 7.35 malam tadi.
Tujuh jenazah itu dibawa menggunakan lima van termasuk dua van yang masing-masing membawa dua jenazah.
Jenazah kesemua mangsa akan dibawa pulang ke tanah air mereka malam ini dan dijangka tiba esok bagi tujuan pengebumian.
Dalam kemalangan semalam, lapan wanita yang juga pekerja kilang maut termasuk seorang warga tempatan manakala selebihnya warga Indonesia.
Mereka yang meninggal dunia adalah Noriah Kasa, 40, warga tempatan manakala warga Indonesia terdiri daripada Serlia, 21, Tumangger Rusni, 22, Yeni, 20, Sartika Pasaribu, 19, Wami Windasih, 19, Faridah, 18 dan Titik Katinengsih, 23.
Berita berkaitan
• Hantar jenazah ke Indonesia malam ini
• Pemandu ada tiga waran tangkap
• ‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>
• Hilang rakan karib sekelip mata