iPhone 8 dan 8 Plus menjengah pasaran Malaysia. FOTO Reuters
iPhone 8 dan 8 Plus menjengah pasaran Malaysia. FOTO Reuters
Afiq Hanif

APPLE mengesahkan 20 Oktober ini sebagai tarikh penjualan iPhone 8 dan 8 Plus secara rasmi di Malaysia.

Dalam laman rasmi syarikat terbabit, iPhone 8 dan 8 Plus boleh ditempah bermula 13 Oktober ini.

Empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia turut bakal memperkenalkan pakej iPhone baru masing-masing dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, syarikat e-dagang 11Street menjadi syarikat pertama menerima pratempahan iPhone 8 dan 8 Plus bagi pasaran Malaysia.

iPhone 8 dijual pada harga RM3,649 dan RM4,399 masing-masing untuk storan 64GB serta 256GB.

Ia boleh didapati melalui warna perak, kelabu dan emas ros.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 12:05 PM