PROGRAM Qurban di Sathkira anjuran MAHAR.
PROGRAM Qurban di Sathkira anjuran MAHAR.
HM Digital

Sathkira, Bangladesh: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dibantu tujuh peserta MyCorps Asia Selatan melaksanakan Program Qurban Bangladesh bersempena perayaan Aidiladha yang disambut
di negara itu.

Sebanyak 11 lembu dan 11 kambing sumbangan rakyat Malaysia dijalankan di lima kawasan sekitar daerah Sathkira termasuk Iswaripur, Ayulia, Padma Pukur, Gabura dan Munchiganj.

Program korban itu adalah yang pertama kali dilaksanakan oleh NGO dari Malaysia di Sathkira, terutama di Gabura.

MyCorps adalah program Sukarelawan pertama dari Malaysia yang hadir menjalankan misi kemanusiaan seumpama ini di Gabura.

Pengerusi MAHAR, Jismi Azahari Johari berkata, peserta MyCorps Asia Selatan kini berada di Sathkira selama dua bulan bagi menjalankan misi kemanusiaan di bawah pemantauan Kementerian Belia dan Sukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 10:16 AM