SUKARELAWAN myCorps yang menjalankan misi keenam merakam kenangan bersama.
SUKARELAWAN myCorps yang menjalankan misi keenam merakam kenangan bersama.
MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara
MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara
PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.
KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.
Zaitie Satibi

TINGGAL di kawasan pedalaman yang serba kekurangan selama enam minggu antara pengalaman ditempuh 40 sukarelawan MyCorps di 12 lokasi terpilih seluruh negara dalam usaha menjayakan misi keenam program sukarelawan Malaysia itu di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan.

Sebanyak 90 projek berjaya dilaksanakan sukarelawan berkenaan di penempatan masing-masing di Tongod, Semporna dan Kudat di Sabah, Long Ikang, Long Liwek, Limbang dan Pulau Bruit (Sarawak), Sik (Kedah), Ulu Tembeling (Pahang); Gerik (Perak), Gua Musang (Kelantan) dan Kuala Berang (Terengganu).

Lokasi berkenaan dipilih berdasarkan keperluan untuk projek pembangunan sosial seperti akses kepada air bersih, sanitasi yang sesuai dan mewujudkan persekitaran yang mampan untuk komuniti setempat.

MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara
MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara

Projek yang dijalankan ini juga memberi fokus untuk menyelesaikan masalah komuniti. Antara projek yang memberi impak yang besar kepada komuniti adalah ‘Aqueduct’ di Tongod. Dalam projek ini, sukarelawan MyCorps membina semula, menggantikan, membaik pulih dan merangka semula sistem perpaipan. Hasilnya, ia memanfaatkan lebih 900 penduduk di empat kampung untuk mendapatkan sumber air yang bersih selepas 10 tahun menanggung masalah air.

Selain itu, 600 penduduk Kampung Charok Tenang, Sik, turut mendapat manfaat selepas inisiatif sukarelawan MyCorps membaik pulih sistem perpaipan dan penapisan paip di kawasan mereka menerusi projek ‘Aqua Ranger’.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya percaya sukarelawan MyCorps mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga mampu menjalankan projek yang menyelesaikan masalah penduduk kampung.

“Selepas kejayaan lima misi dan menghantar sukarelawan belia Malaysia ke sepuluh negara, MyCorps kini buat julung-julung kalinya kembali untuk membawa perubahan di tanah air sendiri.

PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

“Dalam misi keenam ini, MyCorps membabitkan penyertaan 40 sukarelawan terpilih selepas membuat permohonan melalui portal kesukarelawanan MyCorps di volunteer.mycorps.my.

“Peserta yang terpilih melalui Latihan Prapenempatan di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak dan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur selama 14 hari bermula pada November tahun lalu.

“Mereka diberi latihan intensif yang dilengkapkan modul komprehensif dan bersesuaian bagi menyediakan peserta untuk menjalankan projek penempatan,” katanya.

Katanya, modul latihan ini termasuk latihan kepemimpinan, semangat berpasukan, motivasi, bantuan kecemasan dan keusahawanan sosial sebagai persediaan untuk menjadikan mereka sukarelawan yang berkemahiran, berpengetahuan serta mempunyai semangat yang tinggi untuk berkhidmat dalam menjayakan misi.

Program MYCorps ini dikendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat MYCorps di bawah kementerian berkenaan dengan kerjasama Alumni MYCorps. Jabatan Belia dan Sukan Negeri turut berperanan dalam membantu memantau pelaksanaan program dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.
KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 1:09 PM