BERSAMA kanak-kanak di kem pelarian Syria.
BERSAMA kanak-kanak di kem pelarian Syria.
KHARIY turut meluangkan masa bermain futsal pada hari perasmian .
KHARIY turut meluangkan masa bermain futsal pada hari perasmian .
BERSAMA kanak-kanak di kem pelarian Syria.
BERSAMA kanak-kanak di kem pelarian Syria.
ANTARA kemudahan yang disediakan berkonsep karavan.
ANTARA kemudahan yang disediakan berkonsep karavan.
KHAIRY (tengah) bersama sebahagian sukarelawan MyCORPS.
KHAIRY (tengah) bersama sebahagian sukarelawan MyCORPS.
Shuhada Mansor


Empat kemudahan dibangunkan MyCORPS iaitu sekumpulan 44 sukarelawan belia dari Malaysia di Lubnan.

Kemudahan ini dibangunkan atas inisiatif dan penilaian lapangan yang dijalankan sukarelawan selepas hampir dua bulan bantuan mereka di kem pelarian sekitar Lembah Bekaa, Ta’labaya dan Ketermaya.

Selain gelanggang futsal, ‘MyCORPS play center’ iaitu pusat mudah alih berkonsep karavan, ‘Cyber Lab’ dan ‘Tailoring Course’ turut dibangunkan bagi membantu anak muda serta ibu tunggal dalam kemahiran vokasional.

Kemudahan masa depan

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sendiri ke Syria merasmikan empat kemudahan itu selain menyifatkan usaha berkenaan antara teristimewa kerana dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatifnya, MyCORPS.

Misi MYCorps di Timur Tengah adalah inisiatif dan kerjasama antara KBS dan badan bukan kerajaan seperti Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dan Malaysian Lifeline for Syria (MLLFS).

“Konsep ‘play center’ karavan ini diguna pakai supaya ia mudah dipindahkan ke lokasi berbeza bagi memanfaatkan lebih ramai kanak-kanak Syria di Lubnan. Pusat ini menyediakan kemudahan kondusif untuk pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak yang tidak mendapat peluang ke sekolah atas alasan kewangan dan kekangan lokasi.

“Dua kemudahan lain iaitu ‘Cyber Lab’ dan ‘Tailoring Course’ untuk membantu belia Syria dan ibu tunggal dengan kemahiran vokasional sekali gus membolehkan mereka memperoleh sijil diiktiraf kementerian di Lubnan, senang untuk mereka dapat kerja pada masa depan,” katanya.

Dalam kenyataan medianya menjelaskan, misi ini berlangsung di Lubnan, Turki dan Jordan membabitkan sukarelawan belia dari Malaysia daripada latar belakang dan kepakaran berbeza.

Selain kemudahan itu, sukarelawan turut menjalankan pelbagai program dan aktiviti bersama pelarian Syria. Program kelas bahasa, sokongan psikososial, kebersihan oral dan kesedaran kebersihan antara slot disusun bersama kelompok pelarian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 12:05 PM