NAJIB memangku Nik Ammar Rasyad  Nik Aris, setahun dua bulan ketika beramah mesra dengan sebahagian keluarga mangsa banjir di SK Bunohan, Tumpat.
NAJIB memangku Nik Ammar Rasyad Nik Aris, setahun dua bulan ketika beramah mesra dengan sebahagian keluarga mangsa banjir di SK Bunohan, Tumpat.
Maiamalina Mohamed Amin dan Muhamaad Razis Ismail


Tumpat: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam untuk mempertimbangkan cadangan membina jambatan di Jalan Kasban di Pengkalan Kubor, di sini, melegakan ribuan penduduk di 13 kampung sekitar.

Ini kerana kawasan berkenaan dilanda banjir setiap tahun akibat limpahan air Sungai Golok pada musim tengkujuh dan lambat surut disebabkan tiada sistem saliran yang baik.

Sekurang-kurangnya, seminggu ke dua minggu (bergantung cuaca) diperlukan untuk banjir di kawasan berkenaan surut dan ia dikenali fenomena air termenung.

Najib berkata, kerajaan mempertimbangkan cadangan itu sebagai projek jangka panjang tambahan dalam menangani masalah banjir di Kelantan.

“Jabatan teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengkaji cadangan ini dan jika didapati tepat serta sesuai, maka kita akan bina segera jambatan ini yang dianggarkan panjangnya 100 meter dengan kos antara RM9 juta ke RM10 juta,” katanya.

Terdahulu, beliau melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan yang dijadikan pusat pemindahan sementara untuk 646 mangsa banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:24 AM