Kereta dinaiki dua lelaki ketika cuba menceroboh istana negara. FOTO ihsan Polis
Kereta dinaiki dua lelaki ketika cuba menceroboh istana negara. FOTO ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis masih menyiasat motif sebenar dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini, bersama sebilah parang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek bertindak sedemikian.

Sebelum ini, dilaporkan polis menahan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara pada petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 4.40 petang itu, anggota polis menahan sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpaYang di-Pertuan Agong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 1:15 PM