HARITH melayan peminat  di  Mydin Seremban 2, semalam.
HARITH melayan peminat di Mydin Seremban 2, semalam.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: “Sebaik memenangi pertandingan itu, pihak penganjur meminta saya membuat 10 persembahan di Amerika Syarikat (AS).

“Saya berbangga dan berharap dapat mencipta nama di negara itu,” kata pelawak terkenal, Harith Iskander, 50, yang ditemui di Mydin Seremban 2, di sini, semalam.

Harith yang baru memenangi pertandingan ‘Laugh Factory’s Funniest Person in the World’ berkata, dia bakal membuat 10 persembahan komedi di AS bermula tahun depan sehingga 2018.

Katanya, jemputan itu atas permintaan penganjur dan dianggapnya sebagai batu loncatan.

“Sepanjang dua tahun ini, ia peluang untuk mencipta nama di Amerika Syarikat.

“Saya memasang impian untuk lebih dikenali selain memiliki rancangan sendiri di negara itu,” katanya yang hadir ke Mydin bagi mempromosikan produk.

Harith berkata, sepanjang membuat persembahan di AS, beliau akan menerapkan nilai masyarakat di Malaysia untuk berlawak.

“Ini kerana saya mahu penduduk di Amerika tahu cara hidup kita sekali gus mempromosikan negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 5:24 AM