SEBAHAGIAN daripada ahli Wanita UMNO Bahagian pada majlis Jalinan Rakyat, semalam.
SEBAHAGIAN daripada ahli Wanita UMNO Bahagian pada majlis Jalinan Rakyat, semalam.
Adnan Ibrahim

Kluang: Pergerakan Wanita Umno Johor menolak dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin seperti digembar-gemburkan menerusi media sosial.

Ketuanya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, seluruh kepemimpinan Wanita Umno Johor berdiri teguh di belakang Menteri Besar yang berjaya membawa perubahan kemajuan kepada negeri ini ke tahap membanggakan.

Beliau berkata, Mohamed Khaled seorang pemimpin yang berjaya membawa perubahan dan kemajuan dalam pentadbiran mahupun pengurusan Kerajaan Negeri yang merangkumi pelbagai aspek.

“Demi kepentingan rakyat dan bangsa Johor, MB (Menteri Besar) Johor berjaya membawa perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan pimpinan UMNO pelbagai lapisan dan peringkat.

“Usah melayan isu yang boleh melemahkan jentera dan parti, justeru saya menyeru seluruh ahli Wanita UMNO pelbagai peringkat terus bekerja keras membantu Menteri Besar dalam menangani permasalahan dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya pada majlis Jalinan Rakyat di sini, semalam..

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 9:22 AM