TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tengah) di perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Alor Setar. FAIL Shahrizal Mohd Noor
TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tengah) di perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Alor Setar. FAIL Shahrizal Mohd Noor
Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini diharap dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan, bijaksana dan rasional untuk kelangsungan parti dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata krisis kepimpinan di Kedah itu bukan sesuatu perkara baru di peringkat negeri malah parti juga sudah melalui pelbagai keadaan mencabar sebelum ini.

"Kita bukan nak berdepan pilihan raya esok. kalau kita tangani secara baik, saya percaya kesan kepada parti tidak teruk. Kita dah melalui macam-macam, saya dahulu pun pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

"Saya tengok bahawa luahan dan pendirian kepimpinan Bahagian di Kedah banyak berkisar kepada pertimbangan mereka sendiri dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, semalam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Jiwa Murni pembesaran parit gajah Parlimen Sembrong, di Felda Kahang Timur, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 2:04 PM