KOEMAN (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Belanda. FOTO AFP
KOEMAN (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Belanda. FOTO AFP
AFP

Munich: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman menolak untuk melakukan perubahan besar pada pusingan 16 terakhir menentang Romania, tengah malam esok.

Belanda menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Austria dan Perancis sekali gus akan bertemu juara Kumpulan E, Romania.

Romania menduduki tangga teratas kumpulan hasil kemenangan 3-0 dalam perlawanan pembukaan menentang Ukraine, sebelum seri dan tewas pada baki perlawanan mereka.

Kemenangan itu adalah yang kedua untuk Romania dalam sejarah penyertaan di Euro.

Skuad bimbingan Koeman tewas 2-3 kepada Austria tetapi jurulatih itu menegaskan: "Saya tidak akan membuat banyak perubahan dalam kesebelasan utama, kita tidak sepatutnya panik kerana hanya satu perlawanan."

Jurulatih berusia 61 tahun itu memuji Austria di bawah bimbingan Ralf Rangnick apabila menyatakan kadangkala lawan mereka itu mempamer aksi lebih baik.

Pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada Austria atau Turki di Berlin di suku akhir.

Koeman adalah pemain ketika Belanda memenangi Euro 1988 di Jerman.

"Jika kita mempunyai nasib seperti pada tahun 1988, kita akan menang esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 12:16 AM