GAMBAR fail, sekadar hiasan
GAMBAR fail, sekadar hiasan
BERNAMA

Kota Bharu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan tidak menerima laporan berkaitan seekor harimau berkeliaran di sebuah loji di Tanah Merah seperti yang tular menerusi media sosial.

Pengarahnya Mohammad Hafid Rohani berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Jika tidak betul jangan kongsi kerana boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terutama yang tinggal berdekatan kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam tular gambar menerusi Facebook memaparkan kehadiran seekor harimau didakwa berkeliaran di tepi jalan berdekatan sebuah loji air di Tanah Merah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 9:40 PM