ZHENG Yong (kanan) dan Zeng Wye bersama pingat mereka. FOTO Sukan KPT
ZHENG Yong (kanan) dan Zeng Wye bersama pingat mereka. FOTO Sukan KPT
Syafiq Aznan di Surabaya


Surabaya: Kem renang negara menutup hari terakhir acara renang Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 dengan tambahan satu lagi pingat emas menerusi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki.

Pingat emas acara itu dimenangi Low Zheng Yong dengan catatan 2 minit 08.48 saat (s) di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur dan rakan senegara, Liew Zeng Wye meraih perak dengan catatan 2:10.23s.

Bagaimanapun, hasrat skuad renang negara memburu tambahan pingat emas tidak kesampaian di mana Malaysia hanya berjaya menambah tiga lagi gangsa pada hari terakhir saingan.

Bryan Leong meraih gangsa acara 50m gaya bebas lelaki dengan cataran 23.50s dan Georgene Wee Ee Jern dalam acara 200m kuak kupu-kupu wanita menerusi catatan 2:23.96s.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 10:04 PM