Khalid pada sidang media Majlis Penganugerahan Kedaulatan Negara Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.
Khalid pada sidang media Majlis Penganugerahan Kedaulatan Negara Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan satu pasukan khas sedang meneliti video membabitkan pendedahan mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga salah seorang anggota dalam pasukan khas itu mendakwa video berdurasi 57 saat itu kini sedang dalam siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran siasatan berikutan ada anggota lain di dalam pasukan khas ditubuhkan itu.

“Isu video membabitkan 1MDB, saya tidak akan ulas siasatan mengenainya kerana saya sudah bagi tahu bahawa ada ‘Task Force’ (pasukan khas) yang menguruskannya.

“Apa-apa saja isu membabitkan 1MDB akan diuruskan pasukan khas dan saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 8:22 AM