SEORANG pemandu teksi tawar menawar tambang dengan seorang penumpang di hadapan Pudu Sentral, semalam.
SEORANG pemandu teksi tawar menawar tambang dengan seorang penumpang di hadapan Pudu Sentral, semalam.
Oleh Aizat Sharif

Kuala Lumpur: Sikap sesetengah pemandu teksi masih ditakuk lama apabila enggan menggunakan meter dan mengenakan caj berlebihan walaupun untuk perjalanan dalam jarak dekat.

Mereka dengan sewenang-wenangnya menetapkan tambang di tangan sendiri dan tidak menggunakan meter yang dipasang dalam teksi.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Pudu Sentral semalam mendapati masih terdapat segelintir pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan destinasi yang bakal dituju itu mengalami kesesakan lalu lintas dan hanya akan pergi sekiranya penumpang sanggup membayar lebih berdasarkan tambang ditetapkan pemandu.

Perjalanan dari Pudu Sentral ke kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya 2.5 kilometer, namun tambang dikenakan mencecah antara RM15 dan RM30 sedangkan jika menggunakan meter tambang tidak sampai RM15.

Walaupun pemandu teksi ingkar itu tidak ramai, tindakan dilakukan sedikit sebanyak memberi kesan dan nama buruk kepada pemandu teksi lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 6:14 AM