ANTARA aksi peserta.
ANTARA aksi peserta.
MUSTAPA (berdiri lapan dari kanan)   bersama  peserta.
MUSTAPA (berdiri lapan dari kanan) bersama peserta.

Kuala Lumpur: Seramai 40 kakitangan Harian Metro (HM) menyertai Kejohanan Badminton HM Piala Datuk Mustapa Omar di gelanggang badminton Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, kelmarin.

Dua kategori dipertandingkan pada kejohanan dwitahunan berkenaan iaitu beregu lelaki dan campuran.

Pengarang Berita (Jenayah) Jamilul Anbia Md Denin bersama regunya, Mohamad Asraf Awaluddin dari Meja Penyunting muncul juara bagi kategori beregu lelaki.

Wartawan Meja Jenayah, Fardy Bungga dan regunya, Siti Fatimah Hassan dari Meja Berita pula menjuarai kategori beregu campuran.

Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:58 AM